Catatan Popular

Ahad, 5 Februari 2012

ANUGERAH MINDA

Dari Aishah r.a bahawa beliau berkata, “ Akal itu ada 10 bahagian. Lima yang nampak secara lahiriah dan lima lagi yan g tidak nampak ( batiniah ).
5 yang nampak adalah 
-Diam
-Sabar
3        -Tawaddhu’ ( merendah diri )
4           -Mengigatkan untuk berbuat baik serta melarang membuat kemungkaran.
5.      -Berbuat amal kebaikan

5 yang tidak nampak
1       -Berfikir
2       -Memberikan contoh atau pengajaran
3           -  Menganggap dosa adalah sebagai masalah dosa besar
4             - Takut kepada Allah s.w.t
5             -  Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkanya

Sejarah generasi Islam peringkat awal terkenal dengan kekuatan fikiran dan  minda mereka sehingga bukan sahaja mampu menghafal al-Quran dan hadis, bahkan mentafsir dan mengali rahsia yang terkandung didalamnya sehingga menghasilkan pelbagai kitab yang agung. Contohya, Imam Syafie yang menghafal al-Quran sejak dari usia 7 tahun. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal menghafal hampir sejuta hadis. Ramai lagi tokoh ilmuan yang perlu kita baca sejarah hidup mereka.
Sejarah telah membuktikan kejayaan  minda mereka dalam merakamkan kejayaan. Namun apakah rahsia disebalik keistimewaan ini?. Ulamak-ulamak Islam sepakat berpendapat syarat terpenting untuk memiliki daya ingatan yang kuat dan akal yang cerdas adalah dengan cara
1.      menjauhi maksiat atau perkara yang berdosa.
2.      Makan makanan yang berzat.
3.      Memperbanyakan ibadah.
4.      Melakukan aktiviti riadah.

KeranaNya...

Bukan mudah untuk kita bermujahadah melawan perkara yang biasa kita buat dan kini menjadi batasan yang perlu kita jaga. Tapi pada saat hati kita terus bertasbih dengan jihad kerana Allah ia adalah nikmat ketenangan yang paling berharga untuk kita. Nilainya, tiada perkara yang ada didunia yang mampu memberi ketenangan  selain hati kita terus membibitkan tasbih cinta kepada Yang Maha PenciptaNya. Buktinya! rasa selalu ingin mendampingnya melalui ibadah-ibadah umum atau khusus dan rasa terlalu takut untuk memungkiri perintahNya. Inilah nilai cinta yang paling bermakna. Walaupun sekuat mana ombak menhempap jiwa untuk syaitan dan nafsu meraja diri tapi benteng cinta Illahi mampu meratakan ombak yang mengulung.

Ahad, 13 Mac 2011

MENTARBIAH JIWA MUDA

Remaja pada Akhir zaman ini perlu menyedari mereka adalah aset yang amat berharga untuk remaja Islam. Masa depan umat Islam berada pada tangan remaja Islam pada masa kini. Rosak remaja hari ini, rosaklah masa depan umat Islam. Baik remaja masa kini, baiklah masa depan umat Islam. Oleh itu para remaja perlu menyedari tanggungjawab yang amat besar ini. Semoga kita mampu membina generasi remaja Muslim sebagaimana Rasulullah s.a.w. membina ‘Generasi al-Quran yang Unik’. Oleh itu, kita perlu melahirkan ramai remaja yang mempunyai keunggulan dalam segenap aspek kehidupan. Ciri-ciri remaja yang unggul adalah:

  • ·    Mempunyai personaliti yang matang.
  • ·         Mempunyai konsep kendiri yang positif.
  • ·         Dapat menerima perubahan dan perkembangan fizikal yang berlaku secara positif.
  • ·         Memiliki emosi yang terkawal.
  • ·         Mempunyai minda yang cergas, kreatif dan kritis.
  • ·         Mempunyai kematangan seksual yang tinggi.
  • ·         Memiliki tahap kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik.
  • ·         Berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
  • ·         Mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa serta menghormati kedua-duannya.
  • ·         Mempunyai kemahiran bergaul dengan kawan-kawan.
  • ·         Tidak terlibat dengan sebarang bentuk jenayah dan masalah disiplin.
Wahai remaja sedarlah dan binalah hidup baru yang penuh bermanfaat. Jadilah remaja unggul yang menjadi kebanggaan ibu, bapa, guru, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Rabu, 2 Mac 2011

Berbicara dosa

Dalam Islam manusia dilahirkan dengan  keadaan fitrah, ia bersih dari  setiap dosa, tanpa pernah membawa satu dosa atau kesalahan sekalipun. Islam adalah ajaran agama yang berbeza dengan  ajaran agama seperti agaaama Nasrani. Seperti kita tahu, agama Nasrani bahawa setiap manusia yang dilahirkan akan membawa dosa Nabi Adam a.s.
Dosa terhasil setelah kita melakukan sesuatu kesalahan dan kemungkaran. Demikian keindahan aturan Islam. Apabila manusia berniat melakukan kebaikan walaupun belum melaksanaknaya kebaikan tersebut, manusia tersebut telah memperolehi pahala. Tapi jika berniat melakukan kemungkaran, ia tidak akan diberikan dosa selagi tidak melaksanakan kemungkaran itu.
Wahai Insan! sedarlah yang kita amat di kasihi oleh Maha Pencipta.
Kasih Allah s.w.t., menghapuskan dosa hamba-hambanya melalui talian Taubat. Taubat adalah medium untuk hamba Allah kembali kepada kebenaran dan keredhaan Allah. Ingatlah! Tanpa redha Allah hidup kita tidak bermakna. Semua manusia biasa pernah melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan. Sebesar manapun dosa-dosa kita, ketahuilah pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba Allah yang menyesali atas kesilapannya. Jangan kita menjadi manusia yang rugi dengan melepaskan peluang bertaubat dan menangguh-nangguhkan masa untuk bertaubat. Walaupun kita boleh membaca detik waktu jam berputar, tapi kita tidak mungkin ketahui minit atau saat kita di panggil Ilahi melalui talian kematian.
Sedarlah dosa sentiasa merintih agar ia dikurangkan bukan ditambah-tambahkan DAN pahala sentiasa menanti agar ia di banyakan bukan di kurang-kurangkan (Renungkanlah wahai insan)

Sabtu, 5 Februari 2011

Dimana hatimu?

Kata Imam al-Ghazali: Carilah hatimu pada tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui , cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui , cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya kau tidak mempunyai hati!."

4 tahap virus yang merosakkan hati manusia:


1.Rasa bersalah dengan dosa
Apabila perkara yang dilakukan manusia bertentangan dengan fitrah manusia yang dilahirkan dalam keadaan yang baik, maka manusia akan mengalami "guilty conscience" dalam erti kata lain, rasa bersalah dalam diri. Fitrahnya, rasa bersalah membuat manusia menjadi tidak tenang. Kesilapan atau dosa yang dilakukan akan sentiasa menghantui diri. Jelasnya, manusia akan rasa terseksa dengan hambatan dosa yang mereka lakukan.

2. Rasa biasa dengan dosa
Bak kata pepatah "ala bisa tegal biasa". Rasa bersalah lama-kelamaan akan terhakis juga dek kerana kebiasaan melakukan dosa. Jika dosa yang pertama dilakukan terasa penyesalan tetapi dosa yang diulangi dianggap kebiasaan. Rasa bersalah tidak bertandang dalam jiwa kerana keenakan dosa mengusai segalanya.

3. Rasa seronok dengan dosa
Dosa ibarat racun yang yang disaluti kemanisan dan keindahan. Daripada tahap hati yang bersalah dengan dosa dan terbiasa  dengan dosa, maka penigkatan tahap ketiga: seronok melakukan dosa. Nauzubillah!
Kesalahan yang dilakukan tidak sedikit pun terkesan dihati. Pada tahap ini, manusia sedang cuba mencari pelbagai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Maka lahirlah rasa ketagihan dengan maksiat dan rasa gian dengan kemungkaran yang menjadi raja dihati. Virus dosa telah bertukar menjadi nikmat dalam kehidupan.

4. Jadi pembela kepada dosa
Nah! nafsu tidak pernah puas. Kehendak nafsu tiada batas dengan sorakkan syaitan yang mengalu-alukan. Allah s.w.t telah merakamkan perjanjian Iblis dihadapanya, yang bermaksud,


"Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (  surah al-A'raf ayat 17)

Jelaslah usaha syaitan tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di 'lebuh raya' nafsu dengan menaiki 'kenderaan' sifat-sifat mazmumah, hati yang seronok dirasuk dosa maju setapak lagi untuk membela dosa. Pada tahap ini dosa akan dipromosikan dan dihiasi sebagai suatu perbutan yang  indah  serta menguntungkan perlakunya. Inilah tahap yang paling kritikal , apabila pembela agama bangkit menangkis kemungkaran tetapi dalam masa yang sama pembela dan perjuang dosa turut bangkit mempertahankan kenikmatan ciptaan mereka.

Wahai hati-hati, ingatlah hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta. Bila hati menjadi keras dan dibaluti nilai mazmumah ia akan menjadi barah yang membawa kepada syirik, kafir dan munafik. Firman Allah s.w.t.  yang bermaksud:
" Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti akan buta dan lebih sesat lagi jalanya".
(Surah al-Isra ayat 72)