Dalam Islam manusia dilahirkan dengan keadaan fitrah, ia bersih dari setiap dosa, tanpa pernah membawa satu dosa atau kesalahan sekalipun. Islam adalah ajaran agama yang berbeza dengan ajaran agama seperti agaaama Nasrani. Seperti kita tahu, agama Nasrani bahawa setiap manusia yang dilahirkan akan membawa dosa Nabi Adam a.s.
Dosa terhasil setelah kita melakukan sesuatu kesalahan dan kemungkaran. Demikian keindahan aturan Islam. Apabila manusia berniat melakukan kebaikan walaupun belum melaksanaknaya kebaikan tersebut, manusia tersebut telah memperolehi pahala. Tapi jika berniat melakukan kemungkaran, ia tidak akan diberikan dosa selagi tidak melaksanakan kemungkaran itu.
Wahai Insan! sedarlah yang kita amat di kasihi oleh Maha Pencipta.
Kasih Allah s.w.t., menghapuskan dosa hamba-hambanya melalui talian Taubat. Taubat adalah medium untuk hamba Allah kembali kepada kebenaran dan keredhaan Allah. Ingatlah! Tanpa redha Allah hidup kita tidak bermakna. Semua manusia biasa pernah melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan. Sebesar manapun dosa-dosa kita, ketahuilah pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba Allah yang menyesali atas kesilapannya. Jangan kita menjadi manusia yang rugi dengan melepaskan peluang bertaubat dan menangguh-nangguhkan masa untuk bertaubat. Walaupun kita boleh membaca detik waktu jam berputar, tapi kita tidak mungkin ketahui minit atau saat kita di panggil Ilahi melalui talian kematian.
Sedarlah dosa sentiasa merintih agar ia dikurangkan bukan ditambah-tambahkan DAN pahala sentiasa menanti agar ia di banyakan bukan di kurang-kurangkan (Renungkanlah wahai insan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan